Suatu
ketika Baginda Rasulullah SAW pernah mengungkapkan kekagumannya terhadap
keadaan hidup seorang mukminin. Baginda bersabda yang bermaksud;
”Sungguh
menghairankan segala urusan kehidupan seorang mukmin itu, sesungguhnya segala
perkara yang dilakukannya membawa kebaikan (pahala) untuk dirinya. Dan perkara
sedemikian itu tidak berlaku kecuali hanya kepada orang mukmin seperti itu.
Sahabat bertanya, bagaimanakah ini boleh berlaku. Jawab Baginda; jika dia
diberi sesuatu (mendapat nikmat) yang menggembirakan dia
bersyukur, maka dia menjadi baik kerananya (mendapat
pahala). Dan apabila dia ditimpa suatu musibah, dia
bersikap sabar, maka (dengan mengambil sikap sabar) itu
menjadi baik baginya (mendapat pahala).”(HR.Muslim)
Daripada
maksud hadis diatas, Baginda SAW memberitakan bahawa dalam kehidupan
seorang mukmin itu, samada ketika dia dalam kesenangan(mendapat nikmat) atau
pun ketika diuji dengan musibah, dia tetap ada peluang untuk beruntung
(mendapat ganjaran pahala). Ujian dalam kehidupan seorang muslim mukmin;
1.
Ujian dalam bentuk kebaikan. Dalam menghadapi ujian seperti ini, seorang mukmin
perlu mengambil jalan bersyukur. Dengan memanfaatkan segala kenikmatan tersebut
untuk ketaatan kepada Allah sehingga dengan sikap syukur atas kenikmatan itu,
menjadikan kita semakin dekat dengan Allah dan inilah yang disebut sebagai
orang yang beruntung.
2.
Ujian dalam bentuk musibah. Dalam menghadapi ujian seperti ini kita digalakkan
supaya mengambil jalan atau bersikap sabar. Sebab ketika dalam sabar adalah
tempoh masa bertenang atau masa untuk kita bermuhasabah atas apa-apa kesilapan
yang lalu. Dengan sebab memilih jalan sabar, kita mendapat pahala, dan dalam
masa sama menghapuskan dosa-dosa. Sabda Baginda Rasulullah SAW yang
bermaksud; ”seorang muslim sepatutnya tidak mudah ditimpa rasa gelisah, sedih
atau gundah gulana,kerana duri yang tertusuk di badannya, tidak lain
Allah menebus dengannya sebahagian dari kesalahan-kesalahannya yang
lalu’.(HR.Bukhary & Muslim).
3.
Beruntunglah kehidupan seorang muslim
mukmin itu, kerana dia berpeluang mengumpul pahala samada ketika mendapat
nikmat atau ketika sedang diuji dengan musibah. Kedua-dua ujian itu membawa pulangan pahala
sepanjang hidupnya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.