Wahai dunia persahabatan
banyak rintangan dan dugaan yang harus kita lalui
harap kita lalui dengan tabah dan sabar
andainya jalan sukar kita sedang diuji oleh Allah s.w.t
belajar bersabar banyak-banyak
kerana sabar itu separuh dari iman....
memilih sabahat jangan di ukur rupa atau paras
pilihlah sahabat....
bila susah dia susah sama kita
bila senang dia senang sama kita
bila kita menangis dia menangis
bila kita ketawa dia ketawa
jangan buat list pilih yang terbaik sahaja
Hadis Berkenaan Persaudaraan Dalam Islam: Tujuh Hak Seorang Muslim Daripada
Muslim Yang Lain.Rasulullah s.a.w. menerangkan:“Tiap orang
Mukmin telah diwajibkan oleh Allah mendapat tujuh hak daripada orang mukmin yang
lain:
1. iaitu memandangnya dengan penuh penghargaan,
2. menyimpan perasaan mesra dalam hati terhadapnya,
3. menghulurkan simpati dengan harta sendiri,
4. mengharamkan perbuatan mengumpat terhadapnya,
5. menziarahinya ketika sakit,
6. mengiringi jenazahnya (apabila meninggal dunia) dan
7. tidak menyebut tentangnya kecuali yang baik sahaja setelah ketiadaannya.”
(Riwayat Ibnu Babawaih)

Kekadang kita lupa....atau tak perasan
kita ni memilih-milih nak berkawan
kita tinggalkan sahabat yang sedang sedih atau berduka atau sedang ditimpa masalah
kita lupa.....kita tinggalkan dia sebab kita dah dapat yang lebih dari dia
kita lupa.....dia sedang menangis
Hadis Persahabatan: Sering Ziarah-MenziarahiRasulullah s.a.w. bersabda:
Allah s.w.t. berfirman:
“Orang yang berkasih sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku (Allah), orang yang saling berbelanja membelanja kerana Aku(Allah), orang yang saling berhubungan kerana Aku(Allah), mereka semua berhak mendapat kasih sayangKu (Allah)” (Riwayat Ahmad)

Hadis Persahabatan: Doa Untuk SahabatUmar Ibnu al-Khattab
meriwayatkan:
Pada suatu ketika saya memohon izin daripada Rasulullah s.a.w. untuk pergi menunaikan umrah. Baginda mengizinkan saya. Beliau berpesan “Jangan lupa mendoakan kami wahai saudaraku.”. Saya amat berbesar hati dengan ungkapan Baginda tersebut. (Riwayat Abu Daud)

Hadis Persahabatan: Ikatan Setiakawan Kerana Allah"Ikatan iman yang
paling teguh ialah setiakawan demi Allah dan berkonfrontasi demi Allah, kasih
demi Allah, benci pun demi Allah." (Riwayat Tayalasi, Hakim, Tabarani fi
al-Kabir dan al-Ausat, Ahmad, Ibn Abi Syaibah, dan Ibn. Nasr)
Wahai sahabat-sahabatku....
sekiranya lupa...sama-samalah kita saling ingat mengingati
cuba memahami sesama kita
janganlah terlau bongkak, ego dan sombong
sesungguh....yang baik-baik dari Allah
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.