erinczar

Tuesday, August 23, 2011

Erm....

Berdirilah diatas kaki sendiri

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul

Walaupon perit harus ditempuhi demi yang tersayang

Patah tumbuh hilang berganti

Sediakan payung sebelum hujan

Cintalah orang yang mencintai kita

Sayanglah orang yang sayang kite

Cintailah dengan seadanya, bukan kerna rupa

Buat yang terbaik tapi selalu jadi yang tak terbaik

Sebabnya tak ada perasaan bersyukur

Sunday, August 21, 2011

Malam Lailatul-Qadar

Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.

Maksudnya: " Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam "

Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:

Maksudnya: " Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta
mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada
dosa-dosa yang telah lalu "

Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:

Maksudnya: " Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. "

Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:



Maksudnya: " Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan
dalam malam ganjil. "

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya, "Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya." Daripada Riwayat Mu'awiyah:



Maksudnya: " Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar iaitu malam ke-27. "
Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:



Maksudnya: " Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "

Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati
malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:

" Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah
keampunan-Mu untukku. "

Ke...Sa...Ba....Ran...

Atas berkat kesabaran itulah...

kadang-kadang benda yang tidak diduga akan kita dapat lagi dengan penuh keberkatan

atas berkat kesabaran itulah...

perkara yang tak dijangka akan dapat

atas berkat kesabaran itulah juga...

apa yang dihajati akan termakbul


jadi banyak-banyaklah bersabar

sabar itukan separuh daripada iman

bersabarlah lagi-lagi dibulan puasa ni

banyak keberkatan akan kite dapat

bersabar dengan penuh keikhlasan

insyaallah...... =)

Tuesday, August 16, 2011

Nak ke tak nak .....


Nak seribu daya tak nak seribu dalih, nak kata nak tak nak kata tak nak

sendiri tanya sendiri jawab...

hape pon tak boleh

berkecik hati dan kecewa

baik ade dari tak hader

pegi salah tak pegi pon salah

diluah mati bapak ditelan mati anak

nak wat camner Redha jer

lain kali mintak awal-awal bukan akhir

belom apa-apa dah tak boleh

so????

Monday, August 15, 2011

Ramadhan come back



huhu... belom terlambat untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan. Jangan marah saye tau internet nie yang lembab sangat sampai tak boleh nak uplode segala bagai. Ramadha bulan yang penuh keberkata so jomlah kite beramai-ramai kejar mencari pahala yang berganda tu ok!!!!



Batang Buruk =)

Al Kisahnyer....

A : N ko ade jual lagi tak kuih kayu buruk??? aku nak oder lah 1

N : Ape A??? kayu buruk (si N memikir2 ape kayu buruk tu)

A : Alah... kayu buruk yang sedap warna putih tu.

N : Oooo.... A tu batang buruk ar bukan kayu buruk

A : Manak aku tauk

kui...kui...kui

Thursday, July 28, 2011

Nantikan

Kowg nantikanlah cite pasal tempat nie dari saye okey, coz saye sedang mengumpul bahan tuk cerita bab nie





klik ar